Wahhh sudah lama gamaknya aku xupdate blog, yela sejak akhir-akhir nih, sibuk dengan itu ini opssssssss (bkn per da masuk tahun baru katakan).. dengan segala majlis yang telah dilakukan pada tahun 2012..
Rasanya dah masuk 08/01/2013 tak terlambat kot kalau aku nak ucap SELAMAT TAHUN 2013.. yelaa janji aku wish dari tak wish.. kan?? ada aku kisah ?? ok, kembali ke tajuk asal... dah masuk tahun baru ni??
bermakna selangkah umur aku naik.. 24 TAHUN?? ooooooo mudo lagi dik non... MUDA belia g..hakhak..
Bila masuk tahun 2013, teringat juga aku tentang peristiwa pada 2012, yela bermacam kenangan manis , pahit, kecewa, gelak ketawa dan lain-lain..dan rasanya sekejap saja tahun 2012 berlalu... masuk 2013
harap segala impian menjadi kenyataan insyaallah
Tahun 2013 ni jugak, status diri aku bertukar, dari BUJANG terus ke TUNANGAN ORANG
(memang betul bab ni kena highlight) yelaa tunang orang katakan... alhamdulilah syukur kepada ALLAH S.W.T.. kerana memakbulkan segala doa aku yang selama ni ku tunggu..
ALHAMDULILAH, segala majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar.. kerana majlis pertunangan aku di sertakan sekali dengan majlis TAHLIL arwah opah dan atuk... aku rasa bersyukur sgt-sgt kerana tiada masalah yang timbul.
OK STOP!!, make sure ampa nk tengok jugak kan sekitar majlis pertunangan aku yang ala-ala Puteri Raja Britain tu kan? (bangga diri yea kau anies ) ok nexxxxxxxxxxxxxxttt
- Cadar timbul orang perak cakap.. kalau orang kedah lak cakap? cadar sulam emas.. pape jer la.. cadar ni arwah opah yang buat..rasanya dah turun temurun dari zaman ayah and mak aku dan seterusnya? tapi di jaga dan RAPI... So tak kisah laah masa nak bentang kan cadar ini? bagasi cadar ni? macam nak per L.A.. ala tempat yuna duduk tu..hat tu laa... bukan LATA AWAN ok :D
- HANTARAN YANG TIDAK DAPAT DIDUGA... SYUKUR KEPADAMU YA ALLAH
- sebelum di hias... boring bak ang..lama tunggu...jenuh beratuq kalah orang bayaq bil TNB setiap hari ahad tu
- Muka ibu mengandung di sebelah. :D
sebelum di hias... sempat lagi lena... tak cukup katakan 4 jam tidor.. baru tunang? kawin nanti tak tahu la berapa jam pulak
- make over dari kak jem...(dik non wat gaya lembut tangan sekali )
boring tahap malaz teruk da..suh depa wat suma... yang aku taw nak lawa jaa kalah puteri britain tu !!!
dari pihak kami ANIES ZALIEKHA
orang - orang kuat ABAH ADSCITECH...hahahaha
bersama adik perempuan aku yang sorang
muka yaya yang tengah marah nk bergaduh
BESH FRIEND (hat tu kena bagi peteqang bagi huhu)
orang-orang jauh yang sanggup datang ke kedah
rombongan cik mierul da tiba....serammmm bak ang
sesi menyarung cincin... hat ni memang aku ketar gyla.. takut suma ada.. mang dup dup dap..
bertukar tepak sireh dengan Cik Tie
cik mala yang still cool..huhu CIK MEL
Keluarga dari pihak lelaki
my mom n mom cik mierul
orang kuat yang menjayakan semua majlis.. terima kasih cik saadiah
trip dari kuala lumpur jugak sama turun..tima kasih
sama tak muka mak dan anak-anak
opah membelek-belek barang hantaran
sesi bergambar dengan pihak belah lelaki..alhamdulilah
dik wan yang malu2 kucing
terima kasih yang sudi datang
orang jauh dari sabah bha.. pak cu B yang sanggup datang :)
MUKA-MUKA yang boleh masuk paper metro depan
make sure, suma akan tanya??? mana gambar cik mierul?? mana?? kot terselit ka? terhilang ka masa upload or terhilang?? jawapan nya?? TIDAK SAMA SEKALI.. kerana, masa pertunangan ni berlangsung, cik mierul tidak datang... katanya malu.. baru bertunang katanya.. ADAT katanya.. so memang tak ada picture tunang kami berdua ....kalau nak ada pown?? tunggu hari bahagia kami okeh... JANGAN MARAH YEA
P/S: ALHAMDULILAH, syukur pada ALLAH S.W.T kerana meringankan beban yang aku tanggung selama ini, dan syukur jugak segala majlis kesyukuran arwah opah n atok berjalan dengan lancar. dan majlis pertunangan aku pown berjalan dengan baik.. Terima kasih kepada semua sedara mara yang datang dari perak dan kuala lumpur ( yelaaa teman anak perak bukan anak jati kedah).kawan-kawan dan sahabat yang sanggup meluangkan masa untuk majlis tersebut, dan segala impian saya tercapai iaitu mengikut adat perak terlaksana, dan moga ALLAH S.W.T merestui hubungan kami yang bakal dibina ni kekal hingga akhir hayat .. AMIN


Tiada ulasan:
Catat Ulasan